Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 19, 2011

~kenangan terindah 6 jun 2011~

semurni tajuk entri.. bergitulah indahnya sebuah ikatan perkahwinan yang telah terpatri indah bertahtakan akad ijab dan qabul... alhamdulillah.. limpahan kesyukuran yang tidak terperi.. halal sudah perhubungan antara dua hati yang dulunya hanya di ikat melalui ikatan pertunangan... sayu hati... gembira... bahagia... terharu.. bergaul menjadi satu rasa yang sukar diungkapkan....

saat ijab d lafazkan... saat tangan imam @ ayah di genggam.. saat khutbah pernikahan dibacakan.. bermula kehidupan baru bagi kami... kehidupan sebagai pasangan suami isteri.. dalam gementar terselit kebanggaan.. seorang suami berjaya melafazkan akad dengan hanya sekali lafaz... TAHNIAH darling.. itu bermakna abang telah bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua dalam pentadbiran keluarga kecil kita.. sayang berbangga menjadi isteri abang..

usai solat sunat pengantin baru... juga sujud tanda kesyukuran kehadrat ALLAH TAALA. atas penyatuan dua jiwa ini. riuh kaum keluarga bersalaman dan menyuruh kami menyarungkan cincin tanda sahnya kami sebagai suami isteri.. simbolik orang melayu sebenarnya....

debaran sekali lagi tercipta bila mana semua ahli keluarga meminta untuk kami cepat2 emnyarungkan cincin.. bagaimana??? perlu di ajar satu persatu... alangkah indahnya saat itu... jika dulu pertunangan kami penuh dengan undang2 dan larangantidak pernah berpimpin tangan.. tetapi hari ini. hari yang bersejarah ini. membolehkan kami, memegang tangan untuk menyarungkan cincin.. akad telah menghalalkan kami berbuat demikian.. namun hati masih menebal dengan perasaan malu...

saat kami bersalaman.. tanganku menggenggam erat tangan abang.. lalu ku kucup penuh takzim.. sebagai tanda "sayang telah bersedia untuk taat dan menjadi isteri solehah abang"... saat itu, terasa sejuk tangan abang, mungkin sisa debaran tadi masih ada.. atau abang juga sepertiku.. berdebar.. saat bibir abang mengucup dahiku.. makin menebal rasa malu... namun.. segaris bahagia terbentuk bersama senyumanku...

detik bahagia bukan berhenti disitu sahaja.. kerana.. pada tarikh 6/6/2011, kami di iringi bagaikan raja dan permaisuri di singgahsana indah.. terima kasih yang teramat kepada semua yang terlibat dalam melancarkan perjalaanan majlis kami.. budi kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya

**** bERSEMI CINTA DALAM DAKAPAN REDHA~NYA ****

No comments: