Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 27, 2011

Sebaik-baik perancangan, segalanya ketentuan ALLAH

entry kali ni.. sebaik-baik perancangan kita manusia..
sungguh, saye rasa penat juga bila kita rancang sesuatu perkara penting dalam hidup kita sepantas ini.. namun saye tak rasa ia satu bebanan kerana setiap apa yang baik itu, pastinya bukan mudah laluannya..pasti akan ada sahaja ujian2 yang menguji kesabaran kita, meminta kita berfikir sejenak mengapa dan kenapa ia boleh berlaku..

mukadimahnya panjang la juga walau sejemput cuma.. kepala pening.. aduss. mungkin kerana kita sangat berjauhan. ini dugaan sebelum kawin.. nak buat perancangan untuk majlis pertunangan pun ada juga ujian2 kecil.. tiket train dari KL-KRAI habis pada 13/3.. so perlu amik yang 14/3.. sedangkan tarikh bertunang 15/3.. sempat ke nak prepare???? sampai pagi 15/3 di kelantan terus rushing beli CINCIN.. sediakan hantaran pertunangan.. penatnye saye..... YA ALLAH.. (andai ini ujian bagi kami, kuatkanlah hati2 kami dalam menyelesaikan segala permasalahan ini), risau kalau d tunda lagi mengguris hati abe.. maafkan saye... saye memang bertekad.. tarikh tu yang kita akan ikat tali pertunangan kita.. jangan di ubah2 lagi.. kesian abe.. sentiasa je setuju walau apa pun yang saye cadangkan.. tapi saye lebih suka menggunakan idea abe.. (mahu bakal ketua keluarga yang decide, mahu tengok adakah assistant ini boleh patuh @ tidak... belajar2 menjadi isteri solehah.. amiiin )


YA ALLAH.. permudahkanlah semua urusan kami...
ada satu lagi permasalahan sebenarnya.. kita sama2 belum ambik kursus kawin lagi.. harap2 sempat selesai sebelum hari bahagia kita menjelma.. mungkin dengan ujian yang mendatang ini akan menjadikan sesuatu memori yang paling manis untuk di kenang sepanjang hayat kita.. sering kali abe meluahkan untuk menceritakan setiap pengalaman cinta kita kepada "bakal anak-anak" kita nanti.. hehehe besar sungguh impian.. insya ALLAh.. impian yang bakal kita laksanakan kurang dari 3 bulan dari tarikh hari ini.. semoga setiap perancangan kita sentiasa dalam keredhaan ALLAH taala...amiin...

Friday, February 25, 2011

ketika tangan menaip.... (*_*)

sudah lama meninggalkan blog.. habuk ado sikit2 ni.. baru buleh sapu di hujung minggu.. tapi sekejap cuma.. masa lebih bernilai berfacebook.. hehehe.. so, kepada abe yang di sayangi.. tahu.. sangat sibuk sekarang.. so saye meme ambik masa untuk tidak mengganggu buat masa sekarang.. tumpu perhatian berkawad ye.. biar kurus sikit.. hahaa..(kejam skmo kaseh dio)

abe pun rajin2 la masuk menyapu dalam blog kita nih.. duk tggu saye sorg je sapu.. penat2..so.. d kesempatan ini.. saye meme tak tahu nak wish gapo.. gini je la..
saye wish " semoga cepat2 siap semua kerja, jaga muka tu ye.. kot2 gelap nanti balik kampung.. tok mertuo pn tak kenal menantu kam.. hehehe"

duk menghitung hari bahagia ni.. ado 3 minggu je lagi.. tak sabar nyeeee..... ngee~~~

suara kekasih

• Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

• Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. (haha.. berat badan kito samo naik jah.. tunggu nak turunkan bila dah nak naik pelamin.. ye tak?? hihihihi)

• Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.(selalu saja soalan “ duk wat gapo tuh?” Menjadi mukaddimah ayat2 kita… (*_*)~~~

• Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.(macam real je ayat ni ye bang… hihihihi)

• Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu. (kenyataan ni.. setiap memori kita terlalu indah.. walau masa tu kita masih mentah…~sekolah rendah~)

• Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya. (lagu Sophia jane- black.. koleksi cerita2.. seram.. hahaha romantic molep)

picoodle.com

• Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.(sama-sama member sokongan.. kerana kita akan menjadi tulang belakang antara satu sama lain juga nanti)

• Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.(si putera katak.. thanks ye abe… so cute and chubby… like his owner.. har3)

• Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.( actually kita berdua kehabisan modal sebenarnya.. har3)

• Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.(insya ALLAH.. lepas berkahwin nanti kita akan sama2 menjalani hidup berdua…)

• Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. (11 tahun.. walau bermacam ragam, pengalaman.. namun ingatan kita tak pernah berubah…)

Saturday, February 19, 2011

hasil tangan yang tidak seberapa

dulu bila tengok blog orang lain semua lawa2.. ada mcm2 gambar.. teringin jugak nak hiaskan lagi blog yang masih hijau ni.. tapi masih merangkak la penulisnya sebab sememangnya zero dalam bab2 blog ni..

hari tu dah janji dgn abe, nak create sendiri pelan rumah.. jadi bila dah separuh siap ni.. rasa macam tak sabar2 nak tunjuk kat abe.. try tengok ye abe.. pastu komen.. untuk penambahbaikan

picoodle.com

terlalu banyak kekurangan..

mencuba2 belajar upload gambar ke dalam blog

pelamin idaman..


picoodle.com



pinjam pelamin wani neh.. hehehe..
picoodle.com

Cerita cinta bermula…. (part 1)


Tahun 1999 bermula perkenalan kita.. biar saya imbas semula… abe waktu tu baru berpindah sekolah ke sekolah kami SEK.KEB.BATU MENGKEBANG.. abe di kelas 5 tekun, saye pula waktu tu menuntut kelas 6 gigih… hehhe.. (harap2 jangan ada cikgu kita yang baca)

Permulaannya… saya terlihat seorang budak lelaki yang sememangnya unfamiliar di mata saya dan rakan2… terdetik hati bertanya kepada achik (azira ibrahim) siapakah gerangan si dia yang senyuman semanis madu itu.. hek3.. so dia jawab la.. tu luqman.. budak baru sekolah ni..

Bila sudah kenal2, biasa la trend budak2 sekolah rendah… suka ber’angkat’ or in English it call adopted brother… secara tak lansungnya dalam hubungan adopted itu telah terselit cinta dan sayang.. namun ia lebih kepada fenomena “cinta monyet”.. haha sungguh lucu bila di imbas kembali.. namun kerana ini adalah blog kita berdua.. saye abadikan memori itu di sini supaya bila abe rindu.. abe boleh on9 dan imbas kembali kenangan kita.. di saat kejauhan begini…

Ada suka, ada duka.. sehinggalah kita ‘lost contact’ selepas saye masuk sekolah menengah, begitu juga abe.. mungkin ada khabar berita.. namun xpernah bersua muka

Friday, February 18, 2011

credit untuk ateh... sebagai first follower

malu juga sebenarnya.. bila menjenguk2 blog orang lain tapi lupa untuk sign out terlebih dahulu.. rupenya dia juga menjenguk kita.. ingat sengaja suka-suka bina blog ni untuk tatapan orang tersayang sahaja.. tapi nampaknya lepas ni isu yang bakal di tulis perlu di perkemaskan lagi la.

namun... za berbesar hati sebab ateh jadi folower yang pertama.. segan sebenarnya.. (sangat2 segan)

thanks ateh.. mohon tegur jika za ada lakukan kesilapan..

seronok baca blog orang....

entri kali ni "seronok baca blog orang" sebab apa??? blog orang lain penuh dengan input2 yang berguna, waima ia di bina hanya sekadar untuk berkongsi pendapat dan berkongsi kenangan sesama pasangan...
kenapa pulak saya jeles? sebab saya org sains... sememangnya lemah dalam bab membina ayat nih... adoyaiii maunya kena masuk kelas membina ayat-ayat cinta.. hek3...
tapi tak apa lah.. sebab sasaran yang membacanya cuma "abe" je kan.. hihi.. so "saye" tulis yang sesuai untuk bacaan "abe"... kalu ada yang tersesat masuk dalam blog saya yang tak seberapa ni... saya akan pos kan glosary nya skali.. nanti.. almaklumlah penulisnya orang klate.. so ada la sikit loghat2 dalam bahasa kelate yang harus dikekalkan bagi menimbulkan keromantikan kami.. hahhaha
sebenarnya... banyak yang mahu diceritakan.. nanti la.. ada masa nanti kita pos lagi

Thursday, February 17, 2011

Khas untuk mu... :-)

Telah ku ukirkan setiap kenangan kita..
menjadi sebuah istana yang bisa membuatkan hati2 kita sentiasa terpaut padanya
agar setiap ceritera cinta ini menjadi memori terindah dalam hidup kita
biar jarak memisahkan, biar laut cina selatan menjadi halangan
biar mata sekian lama tidak bertentangan
namun hati sentiasa merindui..
saat pertemuan yang bisa menyatukan hati-hati kita
menjadi satu ikatan yang bisa berkekalan sehingga ke SYURGA

Wednesday, February 16, 2011

TESTING::: TESTING

entri pertama dari penulis yang tidak berapa ternama.. sekadar mahu meng"cek" adakah konsep blog yang baru ini sesuai.