Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 27, 2011

Sebaik-baik perancangan, segalanya ketentuan ALLAH

entry kali ni.. sebaik-baik perancangan kita manusia..
sungguh, saye rasa penat juga bila kita rancang sesuatu perkara penting dalam hidup kita sepantas ini.. namun saye tak rasa ia satu bebanan kerana setiap apa yang baik itu, pastinya bukan mudah laluannya..pasti akan ada sahaja ujian2 yang menguji kesabaran kita, meminta kita berfikir sejenak mengapa dan kenapa ia boleh berlaku..

mukadimahnya panjang la juga walau sejemput cuma.. kepala pening.. aduss. mungkin kerana kita sangat berjauhan. ini dugaan sebelum kawin.. nak buat perancangan untuk majlis pertunangan pun ada juga ujian2 kecil.. tiket train dari KL-KRAI habis pada 13/3.. so perlu amik yang 14/3.. sedangkan tarikh bertunang 15/3.. sempat ke nak prepare???? sampai pagi 15/3 di kelantan terus rushing beli CINCIN.. sediakan hantaran pertunangan.. penatnye saye..... YA ALLAH.. (andai ini ujian bagi kami, kuatkanlah hati2 kami dalam menyelesaikan segala permasalahan ini), risau kalau d tunda lagi mengguris hati abe.. maafkan saye... saye memang bertekad.. tarikh tu yang kita akan ikat tali pertunangan kita.. jangan di ubah2 lagi.. kesian abe.. sentiasa je setuju walau apa pun yang saye cadangkan.. tapi saye lebih suka menggunakan idea abe.. (mahu bakal ketua keluarga yang decide, mahu tengok adakah assistant ini boleh patuh @ tidak... belajar2 menjadi isteri solehah.. amiiin )


YA ALLAH.. permudahkanlah semua urusan kami...
ada satu lagi permasalahan sebenarnya.. kita sama2 belum ambik kursus kawin lagi.. harap2 sempat selesai sebelum hari bahagia kita menjelma.. mungkin dengan ujian yang mendatang ini akan menjadikan sesuatu memori yang paling manis untuk di kenang sepanjang hayat kita.. sering kali abe meluahkan untuk menceritakan setiap pengalaman cinta kita kepada "bakal anak-anak" kita nanti.. hehehe besar sungguh impian.. insya ALLAh.. impian yang bakal kita laksanakan kurang dari 3 bulan dari tarikh hari ini.. semoga setiap perancangan kita sentiasa dalam keredhaan ALLAH taala...amiin...

No comments: