Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 25, 2011

suara kekasih

• Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

• Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. (haha.. berat badan kito samo naik jah.. tunggu nak turunkan bila dah nak naik pelamin.. ye tak?? hihihihi)

• Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.(selalu saja soalan “ duk wat gapo tuh?” Menjadi mukaddimah ayat2 kita… (*_*)~~~

• Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.(macam real je ayat ni ye bang… hihihihi)

• Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu. (kenyataan ni.. setiap memori kita terlalu indah.. walau masa tu kita masih mentah…~sekolah rendah~)

• Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya. (lagu Sophia jane- black.. koleksi cerita2.. seram.. hahaha romantic molep)

picoodle.com

• Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.(sama-sama member sokongan.. kerana kita akan menjadi tulang belakang antara satu sama lain juga nanti)

• Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.(si putera katak.. thanks ye abe… so cute and chubby… like his owner.. har3)

• Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.( actually kita berdua kehabisan modal sebenarnya.. har3)

• Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.(insya ALLAH.. lepas berkahwin nanti kita akan sama2 menjalani hidup berdua…)

• Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. (11 tahun.. walau bermacam ragam, pengalaman.. namun ingatan kita tak pernah berubah…)

No comments: