Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 20, 2011

kisah-kisah sebelum pertunangan

sudah lama tidak update blog... hari ni baru berpeluang setelah sekian lama berhempas pulas untuk preparation pertunangan... balik kampung dan sebagainya.... cerita mengenai pertunangan membuatkan saya tersenyum sendiri.. apa tidaknya, sebelum selamat kami di tunangkan bermacam-macam ujian dan dugaan yang terpaksa di tempuhi. seringkali saya positifkan MINDA menyatakan bahawa setiap benda baik yang ingin kita lakukan pasti ada halangan-halangan.. so bila ada halangan, lagi bermakna kebaikan itu.. ya... pertunangan kita sangat bermakna abang.. tak sangka, kini diri ini telah rasmi bergelar tunangan abang.. dengan satu cincin tersarung di jari manis..

saya sangat excited untuk pulang ke semenanjung bagi membuat persiapan pertunangan.. tiket flight pun sudah di booking.. 13/3/2011 jam 9.30 am.. air asia.. turun kL.. dari kL amik TRAIN untuk ke kelantan(maklum la, masa tu masih baru2, gaji pun tak dapat lagi.. so tak boleh nak tempah tiket kL-kb). abang pula dah call siap2, ada kerja dekat kem desa pahlawan, so abang akan sampai lebih awal dari saya... lagi la bertambah excited sebab jeles abang dah sampai kat kampung terlebih dahulu walaupun cuti abang bukan seperti cuti saya.. sempat lagi abang mengecat rumah ikut warna tema kesukaan kita.. abang ni, macam la kita duk stay kat kampung.. balik pun sekejap2 je..

oh.. kembali kepada cerita kisah-kisah sebelum pertunangan...

13/3/2011(tarikh yang sepatutnya naik flight untuk kembali ke semenanjung)
pagi hari ini.. saya dan teman saya "ida" sibuk duk uruskan diri untuk balik kampung.. bila di cek semua beg dan barang2 tiba2 ida terlihat handbang saya.. katanya ida tak bawa balik pun handbag. terus saya menjawab
"sebenarnya dalam beg ni za simpan dokumen penting macam pasport, beg duit, nanti dapat tiket nk letak tiket, telefon smua"...... ida termenung sekejap

"za... ida terlupa pasport...."
"pasport duk kat mana?" tanya saya
"rumah kat serian" sememangnya sebelum tu kami tidur d rumah kakak ida dekat samarahan untuk memudahkan kami bertolak awal ke airport.. dah jadi macam ni, terlewat jugak la nampaknya, kata saya dalam hati. jam waktu tu mnunjukkan pukul 8 am. kalau drive laju mcm mn pun memang tak sempat sebab samarahan-serian hampir 45 minit.. dengan cuaca hujan lagi. tambah merumitkan keadaan. hati dah tak keruan.. risau bercampur-campur.. sampai kami senyap tak berkata apa2.

abang ipar ida terus ambik kunci, kemas beg masuk kereta kami bertolak ke serian selaju yang boleh.. dalam hati sgt risau, kalu berlaku apa2 kesian dekat abang dan keluarga di kampung.. maaf, cerita ni saya cuma cerita dalam blog sahaja.. bila abang baca, sayang harap abang tak marah sayang.. takut nak cerita satu persatu.. bimbang kalu kena marah.. hehehe

akhir skali smpai airport jam 9.30am.. bukan main laju lagi drive.. kami terus ke kaunter.. memang tak boleh buat apa2 dah.. ingat kalau hujan flight delay, tapi tidak.. dia tetap naik macam biasa.. sedih, kaunter check in kata flight dah berlepas.. tension..

tiket on the spot!!!! untuk hari tu.. 500 ke atas.. sgt mahal kalau 1 hala 500, macam la nak g uruguay.. huhu.. tnya yang 14/3/2011 ada.. jam 2pm.. harga kira berpatutan juga berbanding yang semalam.. 300 melayang untuk 1hala perjalanan.. rugi.. sebab selalunya 300 tu dah bleh beli untuk pergi balik.. tapi berkorban la demi pertunangan yang telah direncanakan.. lagipun ni ada lah first time jumpa abang selepas 11 tahun tak jumpa.. sangat lama..

14/3/2011 (tarikh kembali ke semenanjung)
bila dah setel semua pukul 1pm kami terus bertolak ke airport.. sangat serik bila dah ada pengalaman terlepas flight ni. nasib baik tak beli tiket yang direct.. kalau tak, lagi rugi.. huhuhu

sampai d airport kuching, kami terus cek in.. tak mahu berlama-lama kat luar..tunggu kat dalam lagi selamat..pukul 2.30 flight berlepas... perjalanan dari kuching-kl sepatutnya mengambil masa 1jam 45 min sahaja. so kalu ikut yang dijadualkan dalam pukul 4.10 kami sampai KL..

kami tidak sampai pada masa yang ditetapkan.. cuaca buruk d KL.. saya perasan bila flight asyik berlegar2 di udara.. announcement Dari KAPTEN menyatakan cuaca kurang baik.. smua orang dah buat muka tak puas hati.. tiba-tiba kapten cakap nk mendarat.. kami rasa lega.. flight mendarat.. tp bukan di kL.. di lapangan terbang JB. adoiiiiii... tiket kereta api pukul 8.45mlm.. kalau lambat sampai.. bermakna kami akan terlepas train nanti.. bila di tanya orang yang biasa dengan keadaan macam tu. katanya JB-KL cuma 30min.. lega.. tp kami tak tahu status kami..

kalau cuaca tetap kurang elok, bermakna lama lagi la kena delay.. dalam hati berdoa moga cepat2 dapat signal dari KL mnyatakan yang cuaca dah ok.... dalam pukul 6ptg, flight kami terbang smula ke KL.. SANGAT2 LEGA.. SYUKUR ALHAMDULILLAH... 6.30ptg kami sampai d LCCT. hujan renyai2.. namun hati dah kembali lega.. abang zuki ambik dekat airport dan terus hantar ke stesen keretapi kajang... (rupanya ma abah kat kampung dah buat solat hajat mohon selamat smua kami dalam perjalanan.. sukanya kami)

No comments: